Rabu, 24 Jun 2009

Rajab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
"Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa 1 hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa 2 hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa 3 hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari bahaya dunia, seksa akhirat, dari terkena penyakit gila, penyakit putih-putih di kulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.
Barangsiapa yang berpuasa 5 hari dalam bulan Rajab, permintaannya akan dikabulkan oleh ALLAH SWT.
Barangsiapa berpuasa 7 hari dalam bulan Rajab, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam.
Barangsiapa berpuasa 8 hari dalam bulan Rajab, maka dibukakan lapan pintu syurga baginya.
Barangsiapa berpuasa 15 hari dalam bulan Rajab, maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barangsiapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah SAW: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari ais dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya Jibril as: "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Berkata Jibril as: "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rajab."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita:
"Ketika kami berjalan bersam-sama Nabi SAW melalui sebuah kubur, lalu Nabi berhenti dan Baginda menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH SWT. Lalu saya bertanya Rasulullah SAW: "Ya Rasulullah SAW, mengapakan anda menangis?"
Lalu Rasulullah SAW bersabda: "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka."
Sabda Rasulullah SAW lagi: "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari saja dalam bulan Rajab, dan mereka tidak tidur semalam sahaja di bulan Rajab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur."
Tsauban bertanya: "Ya Rasulullah SAW, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rajab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rajab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya Rajab adalah bulan ALLAH, Sya'ban adalah bulan aku (Rasulullah SAW) dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku."
"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rajab, Sya'ban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak ada rasa lapar dan haus bagi mereka."

KELEBIHAN BULAN REJAB

Beberapa hadis Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:

1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya'ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra' Mi'rajnya, Sya'ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10.Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:

a.Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b.Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.

11.Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
12.Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

Isnin, 22 Jun 2009

Kalau..

Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap: woow, ciri-ciri isteri idaman...
Kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...
Kalau perempuan lawa berbuat jahat

Lelaki akan kata: mesti ada krisis dalaman nih...kesian
Kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak huduh...
Kalau perempuan lawa menolong lelaki yang diganggu

Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
Kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...
Kalau perempuan lawa dapat lelaki hensem

Lelaki akan kata: ok gak la....
Kalau perempuan tak lawa dapat lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian.. mesti kena bomoh lelaki tuh!
Kalau perempuan lawa ditinggal kekasih

Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
Kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasihLelaki akan kata:... patut pun kena reject...
Kalau perempuan lawa penyayang binatang

Lelaki akan cakap: perasaannya halus... penuh kasih sayang
Kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama kita memang harus menyayangi binatang...
Kalau perempuan lawa tak mau bergambar

Lelaki akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
Kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...
Kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki

Lelaki akan cakap: caring sungguh....
Kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....
Kalau perempuan lawa bersedih hati

Lelaki akan cakap: dont worry.. I will make u happy forever
Kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit-sikit nak nangis!! mengada-ngada...
Kalau perempuan lawa hantar-hantar email

Lelaki akan kata: sukenya....
Kalau perempuan tak lawa hantar-hantar email
Lelaki akan cakap: balik-balik email dia... boring+menyampah..

Rabu, 17 Jun 2009

Chot

Tahniah... geng GBS bertambah lagi sorang ahli baru cawangan Pantai Timur... skrg2 nya ketua GBS x lah keseorangan kt sini.
kisahnya Mek Chot (siti Norzilah) ada interview kt wisma, alang2 dh dtg 'bandar' dia mai lah amik saya kt poli.. (mcmlah JPN tu jauh sgt, bg chot jauh lah kot.. hehe.. sori chot)
byk jgk lah kitorg update pasal kwn2.. masa diploma ngan degree dulu.. erm.. kira punya kira yg tinggal cuma geng2 GBS termasuk lah dia...
so saya pun promote lah geng GBS.. n cerita pasal xtvt2 GBS, nampak nya dia berminat hehe... kami pun merancang lah nk bwk chot jumpa ahli2 GBS yg lain, amacam?

Khamis, 11 Jun 2009

Sibuk

2 minggu keblkgan ni.. saya begitu sibuk + tension sgt.. sampai tak sempat nk semak blogs.. minggu lepas saya 'terpaksa' pegi meting MESPA ( mesy. penyelaras ICT Politeknik)
'terpaksa' = ayat : "maklumlah ketua sendiri dh tanak mengaku jd bos, terpaksalah ketua GBS amik alih.. muhahahaha" anyway.. terima kasih bos sbb bg peluang kt saya utk berkenalan dengan kawan2 baru dan otai2 poli, n yg best apa lg.. shopping lah.. w/p nama nya meeting sempat jgklah saya jln2 kt KB Mall, pasar malam wakaf che yeh n pasar besar siti khadijah.
minggu ni pulak, saya terpaksa siapkan paperwork JPICT, sebutharga n taklimat GOE-EGDMS.
huhu... tension sangat bila kita perlukan dia.. tapi dia buat derk je kan.. mentang2 dia 'GENIUS' tapi alhamdulillah.. setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.. thanks to my 'otai' from Polisas n PSMZA.
p/s : mawar, ank kucing aku ilang sekor kena curi.. huhuhu