Rabu, 27 Mei 2009

Jodoh

Renungkanlah sedalam-dalamnya..... (respon daripada cerita Bas nillness)

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik., sebaliknya wanita jahat untuk lelaki jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetik di hati kita, bahagianya orang itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih taktkala membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggag seubah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang metosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tengah-tengah bandar.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah nabi,sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkah ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yng menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagia matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan , bagi yang mengetahui rahsia2nya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, buka berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.

Seorang teman pernah berpesan:

“Kadang2 Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
Kita menangis dan tertanya-tanya..
Kemana hilangnya sinar..
Rupa2nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi...”

Ahad, 24 Mei 2009

Hilang

Kamis hr tu saya pegi teman kak ti berlatih main boling.. plan asal nk pg mlm.. tapi saya bg cadangan pegi ptg sbb saya blk keje pkl 3.30 bleh pegi terus..baju kurung beb.... sib baik hari tu x pakai batik..
Blk dari main kakak saya lain macam je.. tp x bg tahu pape pun.. saya sampai umah baru lah dia bgtahu laptop dia hilang.. kt Diman.. huhhu.. tgk kete macam takde sebarang kegiatan pecah masuk mungkin dia lupa nk kunci kete.. sedih saya mengenang nasib kakak saya yang sorang ni.. dh la td anpon dia ‘kong’ sari sblm tu lampu kete dia pecah kena langgar ntah sapa2 yang tak btgjwb.. lepas langgar main tinggal camtu je.. tak bermoral lsg.. hari ni laptop pulak yg ilang.. tapi saya suspek lah.. dia bule je buat2 cool... dia ckp dia bkn bimbang sgt pasal laptop tu sbb dh lama.. second hand pulak tu (ceh.. mana ko nk cekau duit lg nk beli lain) tapi document2 yang kt dlm beg laptop dia tu....
Hari Jumaat seperti biasa saya hantar ‘Cik’ panggilan untuk bonda tercinta pegi dengar ceramah agama kat Wakaf Bruas... dan seperti biasa juga ‘Cik’ menghilangkan diri bersama rakan2 nya di surau sementara saya sabar menunggu dalam keta.. sambil sayup2 mendengar dari jauh.. dan kesudahannya mata saya pun layu.. hehe. Tapi hari ni mata saya tak layu sebab kena control ayu.. maklumlah ada jejaka tumpang parking kat blkg.. saya kira dia pun senasib ngan saya.. antar mak.. nk naik surau malu sbb kami ni org muda... mana ada org muda2 pegi ceramah agama.. muhahaha... dlm duk control ayu tu.. sempat lah saya tangkap satu petikan dari ceramah Ustaz Zul.. “ Allah turunkan sesuatu bala ke atas kita bukan sia-sia.. ia adalah untuk mengelakkan bala yang lebih besar yang mungkin berlaku” huhu...Subahanallah.. so think positif.. mungkin Allah gerakkan hati kami untuk pegi main boling petang sebab nak elakkan bala yang lagi besar yang mungkin menimpa ke atas kami, mungkin sesuatu yang lebih dahsyat akan berlaku ke atas kami kalau kami pegi mlm.. nauzubillah.. dan seharusnya kami patut bersyukur sbb hanya diuji dengan kehilangan laptop dan dokumen..
Sebagai satu usaha nak dapatkan kembali dokumen penting tu, saya ajak kak ti pegi jumpa ustaz.. dulu ustaz tu saya dah jumpa masa kakak saya kehilangan Avanza yang tak sampai sebulan beli.. Alhamdulillah.. dalam dua hari dapat jumpa balik.. kita hanya berusaha Allah yang menentukan segalanya..

Selasa, 19 Mei 2009

Thanks Mawar

hehe.. dh dua tahun ghupaya saya tak hirau kan blog saya.. sehinggalah cik Mawar bertanyakan pasal blog... ingat2 lupa saya bg link.. password pun saya try n error.. baru dapat.. hello.. org ada blog saya pun dh lama ada blog.. cuma tak terupdate.. so.... sebagai ketua GBS, saya akan cuba sedaya upaya meluangkan sedikit masa dan idea (sebenarnya yg tak terupdate tu sbb x reti nk berbahasa mcm kw2) untuk berblog.. hehe..